Salam Ramadhan 1437H

Jun 06

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah dikesempatan ini kita masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk bertemu bulan yang mulia yakni bulan Ramadhan.

Saya pasti pelajar kini sedang bercuti dan berehat setelah berhempas pulas menghadapi peperiksaan pertengahan tahun pada penghujung bulan Mei yang lepas. Tahniah saya ucapkan atas usaha anda.

Selepas cuti sekolah ini, saya harapkan pelajar lebih serius untuk belajar terutama sekali buat pelajar yang akan menghadapi PT3 dan SPM. Fokus pada pelajaran dan manfaatkan cuti sekolah ini untuk mengulangkaji pelajaran yang anda masih tidak faham.

Akhir kata dari saya, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.

Manfaatkan bulan Ramadhan ini untuk anda bersihkan diri (fizikal dan rohani) agar dipermudahkan untuk anda belajar sehingga ke akhir hayat. Sentiasalah bermohon pada Allah agar diberi petunjuk untuk terus berjaya dalam pelajaran.

Good Luck guys.. 🙂

p/s : saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda guna sepanjang bulan Ramadhan ini.

 

Daripada

One comment

  1. Avatar
    sakinahj /

    mohon share artikel..t ksh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge