Belajar Untuk Mengajar
Sep 16
Salam semua,
Hari ini 16 September 2014, hari cuti umum bersempena dengan hari yang bersejarah buat negara kerana berlakunya peristiwa gabungan antara Tanah Melayu dengan Negeri Sabah dan Negeri Sarawak pada 16 September 1963. Hasil gabungan tersebut maka terhasillah nama Malaysia sehingga sekarang. Syukur Alhamdulillah..
Topik hari ini tidak menjurus kepada mana-mana tajuk dalam Matematik. Hanya sekadar pesanan buat pelajar tidak kira anda masih diperingkat UPSR, PT3, SPM, STPM, Matrikulasi, Diploma mahupun diperingkat Ijazah sekalipun.
BELAJAR UNTUK MENGAJAR
Mungkin ada yang pernah dengar, mungkin ada yang masih belum mendengarnya.
Kenapa saya tekankan ayat tersebut?
Tahun lepas saya sering ingatkan pelajar tusyen SPM saya supaya mengamalkan ayat tersebut. Anggap ianya sebagai satu AYAT PERANSANG untuk anda terus belajar terutama sekali dalam Matematik.
Apa yang berlaku hari ini adalah anda hanya BELAJAR. Anda hanya MENERIMA sahaja apa yang guru-guru anda sampaikan pada anda. Sampai satu tahap, anda akan rasa :
– Apa Yang Aku Belajar Ek?..
– Eh..Semalam Cikgu Aku Dah Ajar, Macam Mana Boleh Lupa Ni?..
– Alahai, Semalam Aku Ingat Apa Yang Cikgu Ajar. Hari Ni Lupa La Pulak..
– Susahnya Tajuk Ni. Dah Baca Banyak Kali Pun Masih Tak Faham..
– Setiap Hari Aku Buat Latihan Tajuk Ni, Kenapa Aku Masih Tak Faham?..
– Aku Tak Minatlah Tajuk Ni. Kalau Ada Soalan Ni Mesti Aku Tak Buat..
Bagaimana?
Pernahkah terlintas dalam hati dan pemikiran anda berkaitan ayat diatas?
Mesti pernahkan?
Jadi apa penyelesainnya?
Cuba kali ini anda amalkan BELAJAR UNTUK MENGAJAR.
Apa yang anda belajar selama ini, cuba tanamkan dalam HATI yang anda ingin MENGAJAR rakan-rakan anda.
Katakan topik BULATAN.
Anda study betul-betul. Tak faham anda tanya terus pada Cikgu. Belajar sampai FAHAM.
Kemudian, CABAR diri anda untuk bertanya pada kawan.
Anda : “Man, kau ada apa-apa soalan yang tak faham untuk tajuk Bulatan?”
Man : “Ada, kau tolong aku jawab soalan ni. Dia suruh cari nilai x dan nilai y. Dari tadi aku buat tak dapat-dapat.”
Anda : “Owh..soalan ni. Senang je bro..Meh sini aku ajar kau. 1st, kau kena buat macam ni…”
Nampak tak?
Apa anda akan rasa jika anda dapat bantu rakan anda menyelesaikan soalan tersebut?
SERONOK kan?
Tambah pula kawan anda puji..“Waaahh…Hebatlah kau. Lain kali aku tanya kau lagi la”
Macam mana?
Mesti Kembang hidung andakan? Berbunga-bunga dalam hati anda.
Itulah tujuan utama BELAJAR UNTUK MENGAJAR.
Anda BELAJAR dan anda MENGAJAR pula rakan-rakan anda. Bantu mereka sehingga mereka faham.
Petanda yang anda sudah menguasai sepenuhnya topik tersebut adalah anda akan berkata “Owh..soalan ni”..
Kemudian, anda akan ada perasaan meluap-luap dan bersemangat untuk MENGAJAR rakan anda.
Yang paling penting, JANGAN SOMBONG DAN KEDEKUT ILMU.
Lagi teruk kalau anda dalam kalangan BODOH SOMBONG. Dah la anda tak faham, sombong pula tu.
Ilmu ni adalah milik Dia (Allah s.w.t). Janganlah kita sombong dengan ilmu yang diberi olehNya.
Jika anda PERMUDAHKAN urusan orang lain, Insya Allah, Allah s.w.t akan bantu dan permudahkan urusan anda. Dalam masa yang sama, saya YAKIN anda akan MINAT dengan Matematik.
Cuba…Jangan Tak Cuba Tau… 😀
Daripada
in shaa allah saya pun tgh belajar untuk mengajar…best word tu….
jaymiee recently posted..Jambatan Kampung Sawah – Pulau Carey – Telok Panglima Garang.
Terima kasih Jaymiee.. 🙂