Tips Formula Matematik Untuk Mengetahui Kedudukan Halaman Muka Surat Setiap Juzu’
Jun 25
Salam semua..
Di sini Cikgu ingin kongsikan dengan anda semua, tips atau formula matematik untuk memudahkan anda menghafal kedudukan halaman muka surat Al-Quran bagi setiap Juzu’.
Tips ni hanya dapat digunakan untuk Al-Quran Mushaf Uthmani yang standard sahaja tau.
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 5 di halaman yang ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan nombor 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 5 adalah terletak di halaman 82.
Sekarang lihat di dalam Quran dan anda akan lihat Juzu’ 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 10 di halaman yang ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan nombor 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 10 adalah pada halaman 182.
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzu’ 24 di halaman yang ke berapa:
24-1 = 23, 23 perlu didarab dengan 2 jadi 23 x 2 = 46
Letakkan nombor 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu’ 24 adalah pada halaman 462.
Semoga tips ini amat berguna untuk anda semua yer…(^_^)
Daripada :
tahniah cikgu…
satu info yang sangat menarik…saya bagi 5 bintang !! 🙂
terima kasih nadri…
harap dapat SHARE pada kawan2 yer….
1st time saya dengar info macam ni..tak sangka begitu indahnya matematik dengan alquran kan?
betul tu ejoncb..
sebenarnya banyak lagi keistimewaan antara matematik dan alquran..
Insya Allah…ada masa nanti saya kongsi yer.. 🙂
saya bru tahu cikgu…kagum lah:-)
tq alia…
harap hari ni dapat menambah sedikit ilmu pada kamu yer… 🙂
tme ksh cikgu..pelik la mcm mne ckgu blh dpt formula ni
Sama-sama aabir…formula tu bukan saya yang cipta, saya terjumpa dalam blog seseorang..So, saya mengambil inisiatif untuk berkongsi dengan anda semua.. ^_^