ILuvMaths.Com Kini Kembali

Jan 20

Salam semua..

Sudah sekian lama Cikgu tidak update blog ini. Mohon maaf pada semua kerana terdapat beberapa masalah yang berlaku pada saat-saat akhir. Niat pada awalnya, Cikgu nak update pada awal tahun baru 2012. Tapi disebabkan Cikgu berada di Kelantan ketika itu, dengan ketiadaan sambungan internet di sana. Maka, tak dapatlah Cikgu update beberapa perkembangan terbaru dalam blog ini.

Apa-apa pun, Cikgu ucapkan terima kasih kepada mereka yang masih setia dengan Blog ILuvMaths.Com. Sampai ada yang sanggup PM Cikgu di FB,

Cikgu, tak de latihan Maths ker?

Hehe,bersemangat sungguh pelajar nie. Bagus-bagus..Sikap macam tu la yang kita nak kan?

Oklah, bermula tahun 2012 ini. Ada beberapa perubahan yang bakal Cikgu lakukan.

1st : anda perasan tak blog ini sudah berwajah baru? Haha..ini bukan sebab tahun baru yer. Ini disebabkan themes blog sebelum ini telah rosak atau dalam bahasa kampung Cikgu dipanggil CRASH..ceh3.. ^__^

Disebabkan themes sebelum ini bermasalah, maka terdapat beberapa fungsi dalam blog ini turut sama bermasalah. Jadi, sebagai langkah penyelesaian, Cikgu telah menukar themes yang baru. Oklah kan? Tak pandailah nak hias-hias nie..Cikgu memang FAIL sikit bab-bab menghias nie.. ^__^

2nd : bermula tahun ini juga..maybe akan ada beberapa perubahan dari segi penyampaian. Cikgu kalau menulis susah sikit nak tulis santai-santai. Tapi kalau bercakap depan-depan, ok je..sampai tak kering gusi.. ^__^ Apa-apa pun, Cikgu cuba tapi jangan ada yang terasa pulak yer.

3rd : ada seorang pelajar darjah 5 yang minta Cikgu masukkan sekali tips belajar Maths sekolah rendah. Hehe..Cikgu OK je. Insyaallah, dari semasa ke semasa akan Cikgu selitkan sekali dalam blog ini yer..

4th : Cikgu berbesar hati jika sekiranya ada mana-mana pelajar yang mempunyai soalan dan ingin bertanya dengan Cikgu. Ada banyak saluran yang anda boleh sampaikan sama ada di dalam blog ini, dalam page I Luv Maths. Taip sahaja I Luv Maths dalam Fb. Nanti anda akan jumpa. Then, boleh juga PM/Chat di FB saya. Nak tahu FB saya, tengok dalam Kenali Cikgu yer. Tetapi..Haa..ada tetapi tau. Cikgu amatlah TIDAK SUKA apabila ada sesetengah rakan anda yang mengambil idea-idea dalam blog ini dan dimasukkan ke dalam blognya tanpa minta izin. Aiseymen kawan, kalau dah masuk rumah orang, nak pinjam sesuatu kenalah minta izinkan kan?. Kalau ambil macam tu je, kan mencuri namanya.

Oklah, cukuplah 4 perkara dulu. Nanti sebut banyak-banyak tak teringat pula.. ^__^

Cikgu harap Tahun 2012 ini membawa lembaran yang baru buat anda. Kepada mereka yang dapat result TIDAK MEMUASKAN pada tahun lepas, usah risau. Masih ada peluang untuk anda. Apa yang penting, anda mestilah BERUBAH.

Jika Anda Ingin Menjadi Orang Cemerlang, Anda WAJIB Berfikir Dan Bertindak Seperti Orang Cemerlang.

Yang lepas tu biarkan berlalu. Anda mampu mengubah keputusan Ujian anda jika anda BERMULA DARI SEKARANG !!. Jangan tunggu hari esok kerana kita tidak mungkin akan berubah jika sikap bertangguh-tangguh masih ada dalam diri kita.

Hohoho…dah macam Dr Fadhilah Kamsah la pulak. ^__^

Akhir kata dari saya…

Salam ceria,
Salam Perpaduan,
Salam 1Malaysia,
Salam Cinta pada Matematik..

 

 

 

Daripada :

6 comments

  1. Avatar
    Fatimah /

    tahniah cikgu…sudah lama saya menunggu post terbaru dalam iluvmaths nie…

    • Avatar
      Cikgu /

      TQ fatimah..

      insyaallah..akan ada update terbaru dalam masa terdekat nie yer.. ^_^

  2. Avatar

    Tahniah.. teruskan usaha..nyatakan kepada pelajar bahawa matematik menyeronokkan..anda akan terus cemerlang nanti
    cikgu Ruzihan recently posted..Azam Baru , Tekad Baru 2012My Profile

    • Avatar
      Cikgu /

      TQ Cikgu Ruzihan…

      Insyaallah, akan ada lebih banyak pendedahan dan perkongsian dengan pelajar sekolah… ^_^

  3. Avatar
    Akmalfaisal999 /

    Saya sdg menunggu update terkini kerana masa hanya la sebentar tanpa saya sedari saya sudah berumur 17 tahun dan menduduki spm ^^

    • Avatar
      Cikgu /

      terima kasih Akmalfaisal999…

      maaf kerana lambat respond, kerana ada beberapa perkara yang perlu saya selesaikan dan juga menghadapi masalah internet connection..

      terima kasih atas kesudian anda menunggu update terkini di iluvmaths… ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge